Pembelajaran Atas Talian - Google Meet

1 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

31 Januari 2021, Ahad – Sesi persekolahan pada tahun ini 2021 bermula dengan pembelajaran dan pengajaran secara atas talian. Pusat Internet Komuniti menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran atas talian secara percuma. Pelajar yang hadir diminta untuk mengikuti SOP yang ditetapkan dan petugas memberikan bantuan untuk pelajar yang terlibat bagi memastikan mereka dapat mengikuti kelas secara online dengan baik. Pusat Internet Komuniti menyediakan komputer, capaian internet yang baik dan petugas PIK sedia membantu pelajar semasa proses pembelajaran dan memberi bantuan kepada pelajar yang kurang mahir menggunakannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas