Pupuk@Shopee Online Class

3 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

2 Ogos 2021, Isnin – Pihak Shopee telah bekerjasama dengan MCMC dalam menjayakan kelas atas talian bagi usahawan-usahawan yang belum mempunyai akaun shopee bagi menggunakan platform ini sebagai tempat untuk mempromosikan lagi perniagaan mereka dalam menyertai program Pupuk. Usahawan-usahawan dibawah PIK presint 18 tidak melepaskn peluang dalam menyertai program Pupuk yang telah disediakan. Mereka menyertai kelas ini melalui link Live yang disediakan dari rumah dan ada juga yang hadir ke PIK sendiri bagi mengikuti kelas ini. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan lagi kemahiran usahawan-usahawan dalam menjalankan perniagaan mereka terutamanya dalam menggunakan platform shopee dan mereka juga diberi banyak bantuan seperti penghantaran percuma, diskaun dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas