Keusahawanan dan ICT Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya (Modul 3 Produk & Fotografi)

11 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

11 Mac 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya meneruskan kelas modul ketiga untuk sesi 1 /2022 Giatmara Putrajaya. Modul Latihan Produk dan Fotografi di kendalikan oleh Pn Sarah, Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 dan Cik Amy, Penolong Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3.

Pada modul kali ini, petugas PEDi Presint 9 Fasa 3 mengendalikan sesi pembelajaran dan berkongsi maklumat mengenai Produk dan Fotografi.

Merangkumi 5 subtopik yang menjadi keutamaan sepanjang sesi ini berlangsung:
1. Kenapa Fotografi Penting?
2. Apa Itu Mobilegraphy?
3. Komposisi Fotografi – Rule of Third
4. Teknik menggunakan Flatlay & Mini Studio
5. Mengedit menggunakan aplikasi Canva

Seterusnya, pelajar Giatmara di beri tugasan untuk mengambil gambar menggunakan teknik Flatlay & Mini Studio dan mengedit menggunakan aplikasi Canva. Pelajar juga membawa produk masing-masing untuk digunapakai dalam modul kali ini.

Pelajar juga diberi kesedaran advokasi ‘Check Your Label’. Pelajar juga diajar bagaimana untuk memeriksa Logo MCMC didalam gajet masing-masing. Tambahan juga, pelajar juga diterangkan cara penggunaan email seperti Gmail.com.

Kelas dijalankan secara bersemuka di PEDi Presint 9 Fasa 3. Sesi bermula jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari seramai 14 orang pelajar dan dibantu oleh staf PEDi Presint 9 Fasa 10, PEDi Presint 16 dan PEDi Presint 18

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas