Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 2/2022- Maklumat Palsu

13 April 2022 | Aktiviti Terkini

12 April 2022, Selasa – Staff PEDi Presint 18 telah mengikuti Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 2/2022- Maklumat Palsu. Program ini telah diadakan secara maya di Facebook Klik Dengan Bijak. Moderator untuk program ini ialah Ts Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC. Manakala penceramah pula ialah Encik Mohd Mui’zzuddin Rengga, Penolong Pengarah Pejabat MCMC Negeri Sarawak.

Initpati program ini adalah mengenai maklumat palsu. Seperti yang kita sedia maklum, penyebaran maklumat palsu adalah satu kesalahan yang berat jika ia disebarkan sewenang-wenangnya. Maklumat palsu juga merupakan musuh utama negara. Oleh itu, intipati program adalah mengenai ciri-ciri maklumat palsu, kesan penyebaran maklumat palsu, tindakan undang-undang yang akan dikenakan jika sesorang menyebarkan maklumat palsu dan sebagainya.

Program ini diadakan selama 1 jam setengah bermula 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Ia disertai oleh pelbagai PEDi di Malaysia. Program ini diakhiri dengan sesi menjawab kuiz pemahaman mengenai maklumat palsu secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas