Penyerahan Tablet & Lawatan Pengarah Negeri WPSO MCMC

18 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

17 Ogos 2022, Rabu – Satu sesi penyerahan tablet dan lawatan daripada Encik Alyas Roy Haji Amir, Pengarah Negeri WPSO MCMC disertai wakil dari pihak MCMC Puan Juliana dan pihak Maxis Puan Faziyah di PEDi Presint 18 pada 16 Ogos 2022, Selasa yang lalu.

Program bermula pada pukul 3.00 petang dengan sesi pembentangan berkenaan pengenalan dan aktiviti yang telah dijalankan di PEDi Presint 18. Program seterusnya adalah perkongsian daripada Rakan Digital PEDi Presint 18 iaitu Encik Abu Khalaf mengenai aktiviti dan program yang telah beliau jalankan semasa bertugas sebagai Rakan Digital. Seterusnya, sesi perkongsian secara santai bersama usahawan PEDi Presint 18 iaitu Puan Hasni dan Encik Ibrahim.

Program disempurnakan dengan sesi penutup dan sesi bergambar untuk penyerahan tablet bersama pegawai MCMC, Maxis dan Staf PEDi. Program telah berlangsung pada pukul 3.00 petang hingga 5.30 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas