Keusahawanan dan ICT Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya (Modul 4 Videografi)

28 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

26-27 Mei 2022, Khamis & Jumaat – Pengurusan & Pn. Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijemput untuk mengahadiri Program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wilayah Persekutuan Tahun 2022. Tujuan program ini diadakan bagi memastikan Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Wilayah Persekutuan dapat memperkasakan aktiviti yang berkaitan dengan pemerkasaan digital di PEDi masing-masing.

Selain itu, staff didedahkan dengan pihak berwajib yang boleh membantu usahawan dalam pemerkasaan usahawan digital.
26 Mei 2022
Sesi 1: Taklimat Transformasi & Halatuju PEDi 2022 oleh Tuan Haji Suhaimi Yahya, Bahagian Pembangunan & Pengurusan Komuniti/ Jabatan Pusat Wkonomi Digital, MCMC
Sesi 2:Perkongsian e-Dagang dari Bahagian Postal, Kurier dan Perkhidmatan e-Dagang / Jabatan e-Dagang , MCMC.
Sesi 3: Perkongsian Inisiatif Program Keusahawanan oleh MDEC
Sesi 4: Bengkel Perkasa Usahawan oleh MARA
Sesi 5: Perkongsian Insiatif Usahawan Shopee oleh Puan Nurafina Abdul Aziz
Sesi 6: Sesi Taklimat MIV with Community 2022
Sesi 7: Perkongsian Kisah Kejayaan Ikon e-usahawan oleh usahawan PEDi dan MDEC
27 Mei 2022
Sesi 8: Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) EZBIZ Online
Sesi 9: Perkongsian Program Realisasi Impian Ekonomi Digital (PRIME)
Dan majils penutupan program oleh Tuan Haji Roslan Mohamad, Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri, MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas