Program Trained of Trainer (TOT) Program eDagang Setempat ( PeDAS) 2022

12 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

7 - 11 Jun 2022 (Isnin - Jumaat) – Pengurus & Pen.Pengurus PEDi menjalani sesi Train of Trianer (TOT) dan menduduki ujian kelayakan sebelum diiktiraf sebagai Pengurus PeDAS pada tahun ini. Sesi TOT yang akan mengambil masa selama 5 hari ini akan dijalankan secara atas talian dan dikendalikan oleh Subject Matter Expert (SME) dari MDEC. Sekiranya lulus ujian kelayakan dan diiktiraf sebagai Pengurus PeDAS, Pengurus/Pen. Pengurus juga akan bertindak sebagai Tenaga Pengajar PeDAS dan membolehkan latihan eDagang dikendali kepada komuniti setempat.

PeDAS adalah satu insiatif MDEC dalam memperkasa dan menyokong PKS Mikro di kawasan luar bandar dan miskin bandar melalui aktiviti eDagang. Bantuan dan sokongan daripada Pengurus PeDAS yang terlatih dan juga kolaborasi dengan kementerian, agensi tempatan dan pemain industri dapat mengukuhkan ekosistem PKS di luar bandar dan komuniti miskin bandar.

Di antara aktiviti dan khidmat yang akan ditawarkan di Pusat PeDAS terpilih adalah seperti berikut:
i) Perkongsian & latihan kandungan eDagang
ii) Menyalurkan PKS ke agensi berkepentingan
iii) Sokongan aktiviti eDagang oleh pemain industri
iv) Alat bantuan eDagang
v) Sesi pemantauan & pengesanan usahawan yang dilatih

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas