Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 21/2022- Terlebih Kongsi Padah Menanti

19 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

18 Oktober 2022, Selasa – Staf PEDi Presint 18 telah mengikuti Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 21/2022- Terlebih Kongsi Padah Menanti. Program ini telah diadakan secara maya di Facebook Klik Dengan Bijak. Moderator untuk program ini ialah Ts Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC dan panel jemputan ialah Puan Juliana Irni, Penolong Pengarah Pejabat MCMC Wilayah Persekutuan.

Pengisian program ini adalah mengenai pencegahan perkongsian secara berlebihan di media sosial. Penggunaan internet di Malaysia menunjukkan 5 aktiviti yang popular, yang pertama 89.0% pengguna internet di Malaysia banyak menggunakan media sosial, aktiviti yang kedua 91.8% aktiviti memuat turun gambar, lagu, filem dan drama, dan juga permainan atas talian. Aktiviti yang ketiga 89.4% aktiviti mencari maklumat tentang barang atau servis, yang keempat 89.2% penggunaan aplikasi mesej seperti Whatsapp dan Telegram dan yang terakhir 86.3% memuat turun aplikasi atau software. Selain itu, penerangan mengenai kepentingan menjaga privasi semasa kita melayari internet. Antaranya adalah gambar, lokasi dan apa-apa sahaja informasi mengenai diri- dan keluarga. Hal ini kerana perkongsian melampau maklumat peribadi di laman sosial mengundang padah kepada diri apabila ia boleh disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Program diadakan selama satu jam setengah bermula 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Program diakhiri dengan sesi kuiz secara atas talian menggunakan mycybergenius

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas