Majlis Iftar bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

20 April 2022 | Aktiviti Terkini

19 April 2022, Selasa – Staff PEDi Putrajaya telah dijemput hadir ke Majlis Iftar bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Staff PEDi Presint 9 Fasa 3, PEDi Presint 16 dan PEDi Presint 18 merupakan wakil daripada PEDi Putrajaya yang telah hadir ke majlis berkenaan. Majlis Iftar ini telah diadakan di Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Majlis bermula dari jam 5.30 petang hingga 8.30 malam. Majlis turut dihadiri oleh staff PEDi dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selain itu, pihak MCMC CRO juga turut menyertai majlis iftar ini.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) iaitu YBhg. Dato' Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis iftar. Semua tetamu yang hadir cantik dan segak dengan memakai baju tradisional Malaysia iaitu Baju Kurung untuk wanita manakala Baju Melayu untuk lelaki. Majlis iftar ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama Pengerusi MCMC, YBhg. Dato' Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas