Program Hari Malaysia @ PEDi Presint 18

27 September 2022 | Aktiviti Terkini

25 September 2022, Ahad – Pusat Ekonomi Digital, PEDi Presint 18 telah mengadakan Program Hari Malaysia @ PEDi Presint 18. Program ini sempena meraikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September yang lalu. Selain itu, untuk memberi pendedahan mengenai program yang telah dan akan dijalankan oleh PEDi seperti latihan keusahawanan dan ICT, serta Klik Dengan Bijak iaitu keselamatan penggunaan internet kepada komuniti setempat. Program ini juga berkolaborasi bersama staf PEDi Putrajaya di Presint 9 Fasa 10 dan Presint 9 Fasa 3.

Program ini dapat mengeratkan jalinan ukhwah antara staf pengurusan PEDi dengan komuniti. Pengunjung yang hadir telah menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Taklimat Klik Dengan Bijak oleh MIV PEDi Putrajaya, Kuiz Kahoot Teka Bendera, Pertandingan Poster Canva, TikTok Challenge dan Cabutan Bertuah. Program berlangsung di PEDi Presint 18 pada 24 September 2022, Sabtu bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas