Program Bicara KDB Siri 11/2022 - “Terlebih Kongsi, Padah Menanti”

2 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

1 Julai 2022, Jumaat – Staf PEDi Presint 18 telah mengikuti Program Bicara KDB Siri 11/2022 bertajuk “Terlebih Kongsi, Padah Menanti”. Program ini telah diadakan secara maya di Facebook Page Klik Dengan Bijak. Moderator untuk program ini ialah Ts Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC. Manakala penceramah pula ialah Puan Ema Shuaida Shuaid, Timbalan Pengarah Pejabat MCMC Negeri Sembilan.

Initipati program ini adalah mengenai perkongsian berlebihan di media sosial. Seperti yang kita sedia maklum, perkongsian maklumat yang berlebihan terutama maklumat peribadi kita di laman sosial akan mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada kehidupan harian kita. Oleh itu, kita perlu berfikir dulu sebelum berkongsi sebarang maklumat diri yang boleh mengundang kepada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Program ini diadakan pada 30 Jun 2022 (Khamis) selama 1 jam 30 minit bermula 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Ia disertai oleh pelbagai PEDi di Malaysia. Program ini diakhiri dengan sesi menjawab kuiz Cybergenuis untuk pemahaman mengenai perkongsian secara berlebihan di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas