Kursus Asas Animasi Pengiklanan

4 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

04 Mac 2022, Jumaat – Pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) iaitu Sprintz Designs Sdn. Bhd telah mengadakan Kursus secara atas talian bertajuk Kursus Asas Animasi Pengiklanan untuk staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) daripada Putrajaya dan Linggi secara atas talian. Kursus Asas Animasi telah dihadiri oleh 10 staf pengurus dan penolong pengurus dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi

Latihan ini telah diadakan sebanyak dua sesi bermula pada pukul 8:30 pagi sehingga 5:00 petang pada 3 Mac 2022, Khamis yang lalu. Pengisian kursus adalah pengenalan kepada apa itu Animasi, penyediaan untuk menghasilkan Animasi pengiklanan dan juga cara meghasilkan animasi pengiklanan menggunakan aplikasi Animaker dan RenderForest . Sesi terakhir staf-staf PEDi diberi tugasan untuk menyiapkan animasi iklan bertemakan pemasaran produk dengan menggunakan aplikasi Animaker dan membentangkan penghasilan suntingan mereka. Kursus Asas Animasi Pengiklanan telah disampaikan oleh Tuan Ariffudin Osman dari Yes Academy

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas