PEDi Putrajaya @ Program Jalinan Rakyat Merdeka Presint 18

1 September 2022 | Aktiviti Terkini

31 Ogos 2022, Rabu – Bersempena sambutan kemerdekaan Ke-65 tahun ini, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya yang terdiri daripada PEDI Presint 16, PEDI Presint 18, PEDI Presint 9 Fasa 3 dan PEDI Presint 9 Fasa 10 yang turut dibantu oleh Sukarelawan MIV 2022 telah menyertai Program “JALINAN RAKYAT MERDEKA PRESINT 18" dengan kerjasama Kawan Rukun Tertangga (KRT) Presint 18 yang dirasmikan oleh YBrs. Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (Ahli Parlimen WP Putrajaya). Program berlangsung di Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari Presint 18, Putrajaya dan telah bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 1.00 tengahari yang dihadiri lebih 1000 penduduk Presint 18 dan sekitarnya.

Antara pengisian program adalah:-

Booth Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya:-
- Pendaftaran Keahlian PEDi secara percuma
- Merdeka Cross Word
- KDB PowerPoint Game
- Teka Bendera Malaysia
- KDB Lucky Board
- Jualan Produk Usahawan PEDi
- Mobile eWaste

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas