Taklimat KITAR Bersama PEDI Putrajaya

3 April 2022 | Aktiviti Terkini

2 April 2022, Sabtu – Pengurusan Maxis dan staf PEDi Putrajaya telah berjumpa untuk taklimat Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil atau nama singkatannya, KITAR.

Tujuan perjumpaan ini adalah untuk menerangkan projek KITAR kepada staff Putrajaya. Disamping itu, perjumpaan ini juga telah mengumpulkan beberapa alat elektronik seperti netbook, telefon bimbit dan lain-lain untuk projek KITAR. Projek KITAR adalah bertujuan untuk mengitar semula peranti lama dan yang telah rosak. Selain itu, matlamat utama projek ini adalah agar rakyat Malaysia dapat memupuk semangat kitar semula khususnya kepada alat peranti yang lama dan tidak digunakan lagi memandangkan berlakunya peningkatan sisa berkenaan di seluruh dunia pada kadar yang membimbangkan Projek KITAR ini juga menggantikan projek lama yang dikenali sebagai e-waste.

Dalam perjumpaan ini, PEDI Putrajaya telah mengumpul sebanyak 40 netbook dan beberapa telefon bimbit lama serta beberapa barangan lain seperti kabel telefon dan lain-lain. Kesemua barangan KITAR ini dihantar ke PEDI Semenyih yang telah dilantik oleh MCMC sebagai pusat pengumpulan barang KITAR.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas