Karnival Keluarga Cyber Parenting Block 18R12 Presint 18 2022

22 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

21 Ogos 2022 (Ahad) – Ahli KRT Block 18R12 telah mengadakan satu Karnival Keluarga Cyber Parenting yang juga berkolaborasi bersama Malaysians Against Pornography (MAP). Karnival ini diadakan bagi mengumpul penduduk-penduduk yang tinggal di block 18R12 bagi bersama-sama mengeratkan silaturahim serta menambah pengetahuan berkaitan cyber parenting untuk mengekang masalah-masalah yang berkaitan dengan cyber grooming yang berleluasa masa kini.

Selain taklimat/ ceramah yang diberikan oleh pihak MAP, turut diadakan pertandingan menyediakan bento dan juga pertandingan hias kek merdeka. Di karnival ini juga turut mengumpulkan beberapa usahawan bagi memeriahkan lagi carnival ini dengan jualan-jualan yang diadakan.Karnival ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara jiran di setiap block dan juga menambah ilmu penduduk terhadap cyber grooming, Diharapkan pada masa akan datang program-program sebegini dapat dijalankan lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas