Program Malaysia ICT Volunteer (MIV) Tahun 2022, Peringkat Wilayah Persekutuan

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

20 Ogos 2022, Sabtu- Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 18 menyertai program Malaysia ICT Volunteer Peringkat Wilayah Persekutuan, yang berlangsung selama 1 hari pada 20 Ogos 2022 bertempat di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) merupakan program kesukarelawan yang dicetuskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pada tahun 2022 ditambahkan dengan pencarian usahawan yang akan dijadikan sebagai usahawan PEDi untuk dibantu.

Program dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Encik Alyas Roy Haji Amir, Pengarah Negeri, Wilayah Persekutuan (WPSO) SKMM. Diteruskan dengan sesi modul pengenalan kepada MIV, Inisiatif MCMC & Tugasan Sukarelawan oleh Puan Siti Farahdina Basheer dari Jabatan Program Komuniti, MCMC. Sesi kedua sesi perkongsian produk & perkhidmatan POS Malaysia oleh Encik Mustaffa Khamal bin Mohd Zainun, Ketua Pembangunan Perniagaan POS Malaysia.

Sesi ketiga Penggunaan Telefon Pintar untuk Fotografi, Videografi dan Aplikasi Penyuntingan oleh Encik Mohd Sufii bin Saad dari Skoodeng Studio. Sebelah petang, sesi 4 E-Bayaran oleh Puan Yatie Raheda Binti Abdul Rahman wakil dari Paynet yang banyak menerangkan kemudahan yang disediakan seperti program DuitKnow yang banyak membantu usahawan dalam perniagaan di musim pandemic. Sesi 5, Pemasaran Menggunakan Media Sosial oleh Puan Yuslina Yusoff Pensyarah Pemasaran UNISEL. Dan bersambung ke sebelah malam, Sesi 6: Kemahiran Insaniah: Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi Usahawan oleh Encik Mohd Zakri bin Rihan. Setiap sukarelawan MIV akan melengkapkan aktiviti MIV selama 3 bulan dan perlu menghantar laporan dengan mengisi form secara atas talian kepada MCMC setelah selesai menjalankan tugas sebagai sukarelawan MIV.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas