Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri Cawangan Kemuning

14 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

13 May 2023, Sabtu - Telah berlangsungnya Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri Cawangan Kemuning bersama Komuniti Presint 18 dan dimeriahkan lagi oleh Puan Husna Binti Abdul Rahaman, Ketua Wanita Bahagian Putrajaya. Program ini merupakan program anjuran bersama KRT Presint 18R13. Program ini merupakan acara tahunan bersempena sambutan Aidilfitri setiap tahun di Putrajaya.

Staf PEDi Presint 18 turut serta menyertai program ini bersama komuniti sekitar sebagai salah satu inisiatif menjalinkan ukhwah dengan masyarakat setempat. Program telah diadakan di Perkarangan Aras 1 Block C Presint 18R13, Putrajaya. Komuniti yang hadir untuk program kali ini terdiri daripada penduduk sekitar present 18 Putrajaya. Program ini bermula pada jam 2.30 petang sehingga pukul 6.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas