Bengkel Latihan ICT Dan Asas Keusahawanan.
27 November 2014 | Berita Terkini
Pada 26 November 2014 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Presint 18 telah mengadakan Bengkel Latihan ICT dan Asas Keusahawanan. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang teknologi dan ICT serta software yang berkaitan yang boleh diaplikasikan di dalam membina sesebuah perniagaan. Selain itu, untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran penggunaan teknologi dan ICT. Peserta juga diberi tunjuk ajar secara asas bagaimana membina email dan menghasilkan blog sekaligus menyelenggara blog. Bengkel tersebut telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet Presint 18 dan berlangsung bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Seramai sembilan orang peserta yang menyertai Bengkel Latihan ICT dan Asas Keusahawanan inimerupakan ahli Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: