School Break Programmes (SBP).
27 Disember 2014 | Berita Terkini
Pada musim cuti sekolah yang lalu iaitu sepanjang bulan Disember 2014, Pusat Internet 1 Malaysia Presint 18 telah mengadakan School Break Programmes kepada pelajar sekolah menengah dan rendah di sekitar Presint 18 di Putrajaya. Program yang dijalankan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan mereka sangat teruja untuk mempelajari ilmu ICT. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan tahap ICT pelajar-pelajar disamping mengisi masa terluang mereka ketika musim cuti persekolahan. Pelajar diberi pendedahan awal tentang teknologi dan ICT serta software yang berkaitan yang boleh meningkatkan kemahiran pelajar sekolahdalam penggunaan teknologi dan ICT.
Program ini telah berlangsung pada bulan Disember yang lalu iaitu pada 2, 4, 7, 9, 11, 16, 19 dan 26 Disember 2014. Pembelajaran diadakan di bilik latihan Pusat Internet Presint 18 dan berlangsung bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Seramai hampir 20 orang pelajar yang menyertai program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: