Hari Terbuka Pusat Internet Presint 18 Dan Majlis Bubur Asyura 18R13.
16 November 2014 | Aktiviti TerkiniPada 15 November 2014 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Presint 18 telah mengadakan hari terbuka buat pertama kali sejak penubuhannya. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan PI Presint 18 kepada masyarakat setempat. Aktiviti ini juga merupakan program anjuran bersama komuniti 18R13 iaitu Majlis Bubur Asyura 18R13. Program Bubur Asyura yang berlangsung melibatkan Umno Cawangan Kemuning dan Persatuan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) 18R13. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan Fast Typer bagi kategori kanak-kanak dan dewasa dan juga Kuiz Klik Dengan Bijak bagi kategori kanak-kanak dan dewasa. Selain itu cabutan bertuah juga diadakan kepada pengunjung yang datang pada hari tersebut. Majlis tersebut telah berlangsung bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 pm. Seramai hampir 100 orang pengunjung yang hadir pada hari terbuka tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: