Program Cyberaya & Jamuan Aidilfitri 18R13
1 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini30 Julai 2016 Sabtu - Berlangsungnya Program Cyberaya anjuran PI Presint 18 dan Jamuan Aidilfitri Kejiranan 18R13 anjuran bersama KRT 18R13, Surau Al-Kauthar, Persatuan Penduduk Blok C dan Kelab Sukan Presint 18 di PI Presint 18 dan Dewan Komuniti Apartment 18R13. Program yang diadakan merupakan inisiatif penganjur meraikan sambutan Aidilfitri bersama komuniti di samping mengeratkan hubungan silaturahim diantara pihak pengurusan PI Presint 18 Putrajaya, dengan AJK KRT serta persatuan-persatuan yang terlibat. Program ini juga dapat mempromosikan Pusat Internet serta fungsinya dengan hebahan kepada komuniti sekitar.
Antara aktiviti menarik yang berlangsung untuk Program Cyberaya di PI Presint 18 adalah Kelas Reka Kad Raya Digital dan Pertandingan Kad Raya Digital Kreatif, Pertandingan Video Mykiff, Taklimat Klik Dengan Bijak & E-Waste. Aktiviti ini disertai oleh pengunjung cilik yang teruja untuk mengikuti pertandingan yang diadakan oleh penganjur. Staf PI juga berkesempatan untuk memberi makluman mengenai pertandingan Video Mykif anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC yang menyediakan hadiah lumayan kepada para pemenang. Program tersebut berlangsung bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 malam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: