Program Jelajah Klik Dengan Bijak (KDB) PI Wilayah Tengah
11 Oktober 2015 | Aktiviti TerkiniPada 10 Oktober 2015 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet (PI) Wilayah Tengah telah mengadakan Program Jelajah Klik Dengan Bijak PI Wilayah Tengah sempena Wheel Fitness Festival Hari Sukan Negara 2015 di Presint 3, Putrajaya. Program berlangsung bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Program diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia serta fungsinya kepada masyarakat setempat. Program Jelajah KDB ini juga memberi peluang kepada PI untuk mendedahkan kepada para pengunjung mengenai cara penggunaan internet secara bijak dan selamat. Aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan jurang antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia dengan komuniti sekitar Putrajaya.
Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung seperti pendaftaran keahlian PI secara percuma, pendaftaran Kursus-Kursus anjuran PI, Pengenalan Fungsi & Peranan PI, Program Klik Dengan Bijak (Kuiz KDB, Susun Semula Abjad KDB, Teka Silang Kata KDB & Word Search) serta hadiah cenderahati menarik untuk pengunjung yang hadir. Seramai hampir 500 pengunjung yang hadir di booth PI sepanjang program berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: