Majlis Ibadah Korban Penduduk Presint 18R13 & 18R12 Presint 18, Putrajaya
13 September 2016 | Aktiviti Terkini12 September 2016, Selasa - Majlis Ibadah Korban Penduduk Presint 18R13 & 18R12 Presint 18 Putrajaya merupakan program anjuran bersama KRT 18R13, Surau Al-Kauthar, PI Presint 18 dan Persatuan Penduduk Presint 18 telah diadakan sempena perayaan Hari Raya Aidiladha. Antara objektif program adalah untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha bersama komuniti Presint 18. Program juga dapat memberi peluang kepada penduduk setempat melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti anjuran KRT dan persatuan penduduk sekitar Presint 18.
Penganjuran ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua peringkat Ahli Jawatan Kuasa pihak pengurusan. Program ini juga telah disenaraikan dalam takwim aktiviti Kawasan rukun Tetangga Presint 18R13 bagi tahun 2016. Antara aktiviti yang berlangsung ialah sesi pengagihan daging korban kepada komuniti Presint 18R13 dan 18R12. Seramai lebih kurang 100 orang komuniti turun padang membantu serta menjadi urusetia dan memeriahkan majlis. Program Ibadah Korban bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: