Taklimat SKIM Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Bersama Usahawan Dari Komuniti PIK Wilayah Persekutuan
29 October 2021 | Aktiviti Terkini28 Oktober 2021, Khamis – Seramai 209 peserta dan staf Pusat Internet Komuniti (PIK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menyertai Sesi Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara atas talian menggunakan Ms Team oleh SSM bersama usahawan PIK di Wilayah Persekutuan. Program ini merupakan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menawarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) untuk golongan B40 dan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia.
Sesi penerangan ini adalah secara atas talian melalui pihak SKMM dan pihak SSM sebagai tenaga pengajar. Usahawan PIK Wilayah Persekutuan diberi taklimat berdasarkan topik-topik seperti berikut :
1. Jenis-Jenis Entiti Perniagaan di Malaysia
2. Kelebihan & Syarat Mendaftarkan Perniagaan (Registration of Business)
3. Kaedah Pendaftaran Perniagaaan
4. Skim Pendaftaran Perniagaan (SPPP)
5. Kelebihan SSM Biztrust
6. Demo Mendaftarkan Perniagaan Secara Online
Program ini diadakan pada 27 Oktober 2021, Rabu yang lalu bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Sesi taklimat ini untuk memudahkan usahawan PIK untuk mendapatkan bantuan dalam segala urusan berkaitan SSM seperti pendaftaran perniagaan, penambahan jenis perniagaan, pembaharuan lesen perniagaan dan penamatan lesen perniagaan yang disediakan didalam laman web SSM di Pusat Internet Komuniti terdekat. Wakil SSM yang memberi penerangan diwakili oleh Puan Azihan Ahmad.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: