Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Pasar Tani Putrajaya
Pasar Tani Fama Putrajaya terletak di Presint 3, Putrajaya berhampiran dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pengusaha yang menjalankan perniagaan di sana merupakan usahawan tempatan. Terdapat pelbagai jualan yang boleh diperolehi di sana seperti barangan basah dan kering untuk keperluan dapur, pelbagai aneka jenis makanan serta kelengkapan harian seperti pakaian, tudung, dan sebagainya. Pasar tani Fama ini beroperasi pada setiap hari Selasa dan Jumaat bermula pukul 3 petang hingga 10 malam.
Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
Terletak di Presint 16, Putrajaya. Ia menekankan kepada latar belakang pertanian Malaysia dengan nilai komersial. Pelawat boleh merasa buah-buahan segar dan memerhatikan aktiviti seperti menoreh getah, mengumpul getah, penjagaan tanaman, pemeliharaan buah-buahan dan banyak lagi. Antara tarikan di sini termasuk kompleks pelawat, dusun, laluan herba dan rempah, petak getah klon dan dek untuk melihat-lihat. Taman ini juga menawarkan banyak produk pertanian untuk jualan, sementara aktiviti dan program berasaskan pertanian diatur untuk pelawat bagi sepanjang tahun.