Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 22/2022: Jenayah Siber - Punca dan Akibat

28 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

27 Oktober 2022, Khamis – Staf PEDi Presint 18 telah mengikuti Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 22/2022- Jenayah Siber - Punca dan Akibat. Program ini telah diadakan secara maya di Facebook Klik Dengan Bijak. Moderator untuk program ini ialah Ts Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC dan panel jemputan ialah Puan Haznita Mohamad Lazim, Timbalan Pengarah Pejabat MCMC Negeri Pahang.

Pengisian program ini adalah mengenai kepentingan berwaspada kepada jenayah siber yang merupakan ancaman serius kepada rakyat kerana penipuan ini melibatkan kehilangan ratusan ribu ringgit. Antara jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, penipuan kad kredit, kecurian identiti serta pencerobohan data. Program diadakan selama satu jam setengah bermula 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Program diakhiri dengan sesi kuiz secara atas talian menggunakan mycybergenius. PEDi Presint 18 mendapat top 5 untuk kuiz mycybergenius kali ini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas