MYNIC Public Training

11 November 2022 | Aktiviti Terkini

10 November 2022, Khamis – Staf PEDi Presint 18 telah mengikuti Taklimat Program Affiliate MYNIC Public Training. Program ini telah diadakan secara atas talian menggunakan Zoom. Moderator untuk program ini ialah Puan Nurizyan dari MYNIC. Manakala penceramah pula ialah Tuan Md Fariz Ahmad Sanusi, Ketua Pegawai Pemasaran MYNIC.

Initipati program ini adalah mengenai pengenalan MYNIC dan peranan MYNIC dalam Inisiatif Pendigitalan Negara. Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk menjemput staf PEDi untuk menjadi Rakan Affiliate (RA) MYNIC bagi mempromosikan program “MYNIC Public Training kepada Usahawan PEDi di seluruh Malaysia.

Program ini diadakan selama 1 jam 30 minit bermula 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Ia disertai oleh staf PEDi di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab mengenai MYNIC Public Training

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas