Sesi Webinar Pupuk@SPPP Bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
15 Julai 2022 | Aktiviti Terkini14 Julai 2022, Khamis - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu rakan kerjasama strategik Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) telah menganjurkan webinar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada Pengurus dan Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital (PEDi) pada 13 Julai 2022 (Rabu) yang lalu secara atas talian menggunakan Microsoft Teams. Objektif penganjuran webinar ini adalah untuk menerangkan pendekatan dan inisiatif terkini pendaftaran program SPPP yang dikelolakan oleh pihak SSM.
Sesi webinar ini dihadiri oleh Pengurus dan Rakan Digital PEDi Wilayah Utara, Wilayah Tengah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Selatan dan Wilayah Pantai Timur.
Sesi webinar bermula pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Sesi webinar ini untuk memudahkan usahawan PEDi untuk mendapatkan bantuan dalam segala urusan berkaitan SSM seperti pendaftaran perniagaan, penambahan jenis perniagaan, pembaharuan lesen perniagaan dan penamatan lesen perniagaan yang disediakan didalam laman web SSM di PEDi terdekat
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: