Lawatan Audit MCMC
20 Februari 2022 | Aktiviti Terkini19 Februari 2022, Sabtu – Satu lawatan audit diadakan oleh pegawai audit MCMC disertai wakil dari pihak Maxis di PEDi Presint 18 pada 18 Februari 2022, Jumaat yang lalu.
Program bermula pada pukul 3.00 petang dengan sesi pembentangan berkenaan pengenalan dan aktiviti yang telah dijalankan di PEDi Presint 18. Program seterusnya adalah perkongsian daripada Rakan Digital PEDi Presint 18 iaitu Encik Abu Khalaf mengenai aktiviti dan program yang telah beliau jalankan semasa bertugas sebagai Rakan Digital. Seterusnya, sesi audit telah dijalankan bersama pegawai audit MCMC di PEDi Presint 18 mengenai isu-isu yang berkaitan dengan PEDi.
Program disempurnakan dengan sesi penutup dan sesi bergambar bersama pegawai MCMC, Maxis dan Staf PEDi. Program telah berlangsung pada pukul 3.00 petang hingga 5.30 petang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: