Taklimat SSM Usahawan Jana'preneur & PEDI

12 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

24 Mac 2022, Khamis – Seramai lebih 400 orang usahawan dan staf PEDi telah menyertai Taklimat SSM Khas Buat Usahawan Jana'preneur & Pedi secara atas talian oleh SSM. Program ini merupakan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD CORP) bersama-sama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menganjurkan webinar untuk pendaftaran Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Para usahawan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara telah dijemput untuk menyertai program ini.

Sesi penerangan ini adalah secara atas talian melalui pihak SKMM dan pihak SSM sebagai tenaga pengajar. Antara pengisian taklimat seperti berikut;
1. Jenis-Jenis Entiti Perniagaan di Malaysia
2. Kelebihan & Syarat Mendaftarkan Perniagaan (Registration of Business)
3. Kaedah Pendaftaran Perniagaaan
4. Skim Pendaftaran Perniagaan (SPPP)
5. Kelebihan SSM Biztrust
6. Demo Mendaftarkan Perniagaan Secara Online

Program ini diadakan pada 23 Mac 2022, Rabu yang lalu bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Sesi taklimat ini untuk memudahkan usahawan PEDi untuk mendapatkan bantuan dalam segala urusan berkaitan SSM seperti pendaftaran perniagaan, penambahan jenis perniagaan, pembaharuan lesen perniagaan dan penamatan lesen perniagaan yang disediakan didalam laman web SSM di PEDi terdekat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas