Asas Keusahawanan, Pemasaran & Resume bersama Pelajar Giatmara Putrajaya

26 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

25 Februari 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital, PEDi Putrajaya telah memulakan modul kedua untuk sesi 1/2022 bersama pelajar Giatmara Putrajaya. Modul Asas Keusahawanan dan Pemasaran di kendalikan oleh Puan Haryati, Pengurus PEDi Presint 18 dan Puan Noranis, Penolong Pengurus PEDi Presint 18. Pada modul kali ini, petugas PEDi Presint 18 mengendalikan sesi pembelajaran dan berkongsi maklumat mengenai asas-asas keusahawanan dan pemasaran.

Merangkumi 5 subtopik yang menjadi keutamaan sepanjang sesi ini berlangsung:
1. Pengenalan Kepada Asas-Asas Keusahawanan
2. Tips Untuk Memulakan Perniagaan
3. Pengenalan kepada Perniagaan atas talian
4. Pengenalan kepada proses pengeposan produk
5. Resume menggunakan ‘Canva’

Seterusnya, diadakan sesi soal jawab dimana peserta dapat bertanya secara langsung atau diruangan chat. Semasa sesi soal jawab juga memberi peluang pelajar bertanya apa yang tidak difahami. Modul tambahan di kendalikan oleh Puan Noranis, Penolong Pengurus PEDi Presint 18. Cara-cara membuat resume menggunakan laman sesawang ‘Canva’.

Pelajar Giatmara mengikuti kelas secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Sesi bermula jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari seramai 15 orang pelajar dan seorang guru Giatmara juga turut menyertai kelas ini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas