Majlis Ramah Mesra Komuniti Presint 18

6 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

05 Oktober 2022, Rabu – Komuniti Presint 18 dengan jayanya telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Ahli Parlimen Putrajaya, YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor di Presint 18 anjuran bersama MPP Putrajaya, UMNO Putrajaya dan Badan Amal Kasih Ibu. Program ini merupakan program sambutan hari jadi komuniti Presint 18 dan diadakan untuk menjalinkan ukhwah sesama penduduk sekitar.

PEDi Presint 18 mengambil kesempatan ini turut serta dengan memberi sumbangan menyiapkan poster/banner dan menjadi urusetia program. Antara aktiviti yang dijalankan adalah solat Maghrib berjemaah, majlis bacaan Yassin dan doa selamat sempena Maulidurrasul, solat Isyak berjemaah, persembahan busker dan agihan hadiah hari lahir. Pengunjung yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar Presint 18. Program tersebut bermula pada jam 7.00 malam dan berakhir pada jam 10.00 malam

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas