Program TeaTalk – Klik Dengan Bijak (KDB)

15 September 2022 | Aktiviti Terkini

14 September 2022, Rabu – Staf PEDi Presint 18 telah mengikuti Program TeaTalk Klik Dengan Bijak (KDB). Program ini merupakan anjuran MCMC dan telah diadakan secara maya menggunakan pautan Zoom. Penceramah untuk program ini ialah Puan Hashimah Hashim, Ketua Jabatan Program Komuniti, MCMC. Initipati program ini adalah mengenai perkongsian program-program Klik Dengan Bijak yang telah dijalankan oleh MCMC setelah 10 tahun ia dilancarkan iaitu sejak 1 Julai 2012. Selain itu, perkongsian mengenai kolaborasi MCMC dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan juga institut pengajian tinggi. Program Klik Dengan Bijak juga telah mendapat anugerah antarabangsa iaitu WSIS Forum 2020 untuk kategori 10. Program diakhiri dengan sesi kuiz bersama peserta. Program ini diadakan selama satu jam bermula 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas