E-Learning - Kelas Tulisan Jawi

3 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

2 June 2023, Jumaat – Kelas e-learning jawi telah diadakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam penguasaan tulisan Jawi. Kelas dimulakan dengan penerangan mengenai sejarah bermulanya tulisan jawi di Malaysia seperti Batu Bersurat di Terengganu. Seterusnya pelajar diperkenalkan dengan laman web ejawi.net. Ianya digunakan sebagai Jawi Editor memudahkan untuk menulis jawi secara terus tanpa menggunakan fizikal keyboard.

Ianya terbina di dalam (built-in) dan boleh terus dipaparkan di dalam teks editor terjemahan dan memudahkan untuk menyunting sebarang hasil terjemahan tanpa membuka perisian editor yang lain. Aktiviti seterusnya, pelajar diberi latihan untuk menukar tulisan rumi kepada jawi menggunakan ejawi.net dan menulis tulisan tersebut semula di kertas. Kelas diadakan bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai 5 orang pelajar yang menyertai kelas pada kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas