Program Bersama Giatmara Putrajaya - Modul Fotografi Produk

9 September 2023 | Aktiviti Terkini

8 September 2023, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital, PEDi Putrajaya telah mengadakan kelas Modul Fotografi Produk bersama pelajar Giatmara Putrajaya di PEDi Presint 16. Seramai 10 orang pelajar telah menyertai kelas ini yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program dimulakan dengan penerangan mengenai program MCMC iaitu program Check Your Label oleh Malaysia ICT Volunteer (MIV) yang terdiri daripada staf PEDi dan bantuan Encik Amirul dari CKPOKU, Jabatan Penerangan Malaysia yang juga merupakan wakil dari MIV PEDi Presint 18.

Program diteruskan dengan taklimat Fotografi Produk oleh Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3, iaitu Puan Sarah. Modul ini merangkumi pengenalan kepada produk, teknik mengambil gambar produk, rule of third, pemilihan latar belakang, penggunaan Mini Studio, Flatlay dan pelbagai lagi. Peserta diberikan tugasan mengambil gambar produk mereka menggunakan Mini Studio dan Flatlay yang disediakan. Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghantar satu gambar Mini Studio dan satu gambar Flatlay. Peserta turut dibantu oleh staf PEDi Putrajaya yang lain semasa tugasan. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama peserta dan guru Giatmara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas