Kelas STEM & Soft Skills
19 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2023 (Ahad) – PEDi Putrajaya telah menjalankan program sempena cuti hari minggu. Fokus utama program ini adalah untuk memenuhi masa terluang pelajar dengan menjalankan aktiviti yang interaktif iaitu aktiviti STEM (Tangan Robotik). Program diadakan pada jam 3.00 petang sehingga jam 6.00 petang yang bertempat di PEDi Presint 9 Fasa 10. Seramai 14 orang pelajar telah hadir dan program turut dibantu oleh staf dari PEDi Presint 16, Presint 18 dan juga Presint 9 Fasa 3. Bagi sesi permulaan peserta-peserta ditayangkan video KDB – Buli Siber & ‘Oversharing’ yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada belajar keburukan Buli Siber dan padah terlebih kongsi maklumat peribadi.
Kemudian staf memberikan penerangan serta tunjuk ajar tentang aktiviti yang akan dijalankan iaitu mencipta Tangan Robotik dengan menggunakan penyedut minuman, kertas dan benang. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk melihat kreativiti pelajar agar dapat menghasilkan sebuah tangan robotik dengan bahan-bahan yang disediakan. Mereka menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan. Dari kumpulan ini juga kami dapat melihat kerjasama yang diberikan dalam sesuatu kumpulan tersebut. Seterusnya, pada 5.00 petang sesi akan diteruskan dengan sesi pembentangan (Soft Skills) hasil kerja masing-masing, mereka akan mempersembahkan hasil kerja tangan robotik yang dicipta mereka dihadapan peserta-peserta yang lain.
Fokus utama sesi ini adalah untuk melihat kemahiran pelajar untuk bercakap dihadapan orang ramai disamping dapat meningkatkan tahap keberanian peserta-peserta tersebut. Sesi terakhir adalah sesi penyampaian hadiah kepada pemenang kumpulan tangan robotik yang berjaya mencipta tangan robotik yang kukuh dan pembentangan kumpulan paling menarik. Akhir sekali program ini telah disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: