TikTok Live Produk bersama Usahawan

18 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

17 June 2023, Sabtu – PEDi telah memberi peluang kepada usahawan yang mahu berniaga secara langsung (LIVE) TikTok sambil mengambil peluang belajar cara menarik pelanggan dan menggunakan sistem yang ada dalam aplikasi TikTok tersebut. Sesi LIVE ini berlangsung bermula pada pukul 4.30 petang sehingga 6.00 petang. Dengan adanya sesi LIVE di TikTok ini bagi meningkatkan lagi keberanian diri dan mempromosikan produk yang dijual.

Usahawan juga diajar cara untuk mengelakkan daripada disekat oleh TikTok dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk menjual produk menggunakan aplikasi ini. Dengan adanya sesi LIVE produk sebegini memberikan keberanian dan juga pengalaman kepada usahawan yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas