Kempen PUPUK@Shopee 2023
19 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini18 Oktober 2023, Rabu – Shopee telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi melaksanakan Kempen PUPUK@Shopee 2023 pada tahun yang ketiga, bermula dari bulan Jun hingga Disember 2023. Objektif utama kempen tersebut adalah untuk menyokong dan memperkasakan Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PKS) tempatan dalam ekonomi digital melalui platform Shopee.
Tajuk latihan pada kali ini adalah ‘Tingkatkan Taraf Kedai Shopee Anda’. Dalam sesi latihan yang disediakan, usahawan akan belajar aspek-aspek seperti berikut; perhiasan kedai, iklan dan kempen, penyertaan program Shopee, pemenuhan pesanan, akaun & penerimaan pembayaran. Usahawan PEDi telah mengikuti program ini secara atas talian menggunakan Zoom di PEDi Presint 18 bermula jam 2.00 petang hingga 3.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: