Mesyuarat Program KITAR

31 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

30 Oktober 2023, Isnin – Pengurusan KITAR MCMC telah mengadakan mesyuarat secara atas talian menggunakan Ms Team bersama PEDi yang terpilih untuk Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil atau nama singkatannya, KITAR. Tujuannya adalah untuk menerangkan projek KITAR serta pembayaran untuk jenis koleksi e-sisa kepada staf PEDi. Projek KITAR adalah bertujuan untuk mengitar semula peranti lama dan yang telah rosak.

Selain itu, matlamat utama projek ini adalah agar rakyat Malaysia dapat memupuk semangat kitar semula khususnya kepada alat peranti yang lama dan tidak digunakan lagi memandangkan berlakunya peningkatan sisa berkenaan di seluruh dunia pada kadar yang membimbangkan Projek KITAR ini juga menggantikan projek lama yang dikenali sebagai e-waste. PEDi Presint 18 merupakan antara 2 PEDi di Putrajaya yang telah dilantik oleh MCMC sebagai pusat pengumpulan barang KITAR.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas