Program Keusahawanan Bersama Giatmara – Modul Shopee Shop

17 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

16 Ogos 2024, Jumaat – NADI Putrajaya telah memulakan sesi pembelajaran untuk modul bertajuk Shopee Shop. Fokus utama modul ini adalah cara-cara mudah untuk membuka kedai shopee dan juga tips menjadi penjual yang berjaya. Kelas diadakan selama dua jam bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang bertempat di Bilik Latihan NADI Presint 16 yang dihadiri oleh 10 orang pelajar daripada giatmara. Sesi kelas dimulakan dengan pelajar mendengar penerangan modul daripada wakil NADI Presint 16 iaitu Puan Nur Dahiyah yang menjadi tenaga pengajar untuk kelas ini, dibantu oleh Cik Balqis NADI Presint 16 dan turut serta wakil-wakil dari NADI Presint 18, NADI Presint 9 Fasa 10 dan juga NADI Presint 9 Fasa 3.

Shopee adalah salah satu platform perniagaan yang mudah dan percuma untuk semua orang. Bagi modul ini pelajar dapat mempelajari tentang cara-cara membuka kedai shopee sendiri secara praktikal kerana disamping penerangan berjalan pelajar turut mengikuti step-step yang diajar agar mereka dapat melihat sendiri flow tersebut. Disamping itu, pelajar juga dapat mengetahui tips agar menjadi peniaga yang berjaya di platform shopee. Akhir sekali, pengurus NADI 16 mendemonstarasikan cara untuk melakukan Shopee Live. Shopee Live adalah fitur yang membolehkan kita melakukan siaran langsung di platform Shopee, yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk, berinteraksi dengan pelanggan, dan meningkatkan jualan. Kelas telah disempurnakan dengan sesi soal jawab dan bergambar bersama-sama staf NADI dan pelajar giatmara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas