Training KITAR System
23 Januari 2024 | Aktiviti Terkini22 Januari 2024, Isnin – Pengurusan KITAR MCMC telah mengadakan kursus secara atas talian menggunakan Ms Team bersama PEDi yang terpilih untuk Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil atau nama singkatannya, KITAR. Tujuannya adalah untuk menerangkan cara untuk menguruskan sistem yang telah diwujudkan bagi penyerahan barang-barang KITAR kepada staf PEDi.
Selain itu, matlamat utama projek ini adalah agar rakyat Malaysia dapat memupuk semangat kitar semula khususnya kepada alat peranti yang lama dan tidak digunakan lagi memandangkan berlakunya peningkatan sisa berkenaan di seluruh dunia pada kadar yang membimbangkan Projek KITAR ini juga menggantikan projek lama yang dikenali sebagai e-waste. PEDi Presint 18 merupakan antara 2 PEDi di Putrajaya yang telah dilantik oleh MCMC sebagai pusat pengumpulan barang KITAR.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: