Program Keusahawanan Bersama Giatmara Putrajaya - TikTok & Video Content

27 April 2024 | Aktiviti Terkini

26 April 2024 (Jumaat) – NADI Putrajaya telah mengadakan kelas keusahawanan bersama pelajar Giatmara Putrajaya untuk sesi 01/2024 untuk modul TikTok & Video Content. Kelas ini dihadiri seramai 13 orang pelajar terdiri daripada 8 orang perempuan dan 5 orang lelaki dan diiringi seorang tenaga pengajar dari Giatmara sendiri. Kelas ini berlangsung dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari yang bertempat di NADI Presint 9 Fasa 3.

Melalui modul ini, pelajar diberi taklimat berkaitan tips dan teknik-teknik untuk menjadi sebagai content creator affiliate TikTok. Pelajar diberikan tips bagaimana untuk menjadikan content yang dicipta menarik melalui tips yang diketengahkan iaitu tips ‘hook’ atau umpan penonton untuk kekal pada video kita dan membeli produk di video yang dicipta.

Pelajar juga diberi tutorial bagaimana untuk rmendaftar sebagai affiliate Tiktok dengan menggunakan Tiktok Seller Centre. Melalui Tiktok seller centre itu, pelajar diarah untuk menghasilkan video content produk dan memasukkan link produk kedalam video mereka. Dengan pendaftaran sebagai affiliate Tiktok ianya dapat menambahkan pendapatan pelajar.

Di akhir kelas, pelajar perlu menyediakan satu video content yang menarik merangkumi elemen-elemen yang telah dipelajari sepanjang kelas dan perlu dimasukkan ke link profile Tiktok mereka untuk kami menilai kreativiti dan kualiti video pelajar tersebut. Kelas ini telah disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas