Program Senam Sihat Komuniti

18 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

17 Februari 2024, Sabtu – Program Senam Sihat Komuniti telah diadakan anjuran KRT 18R13 dengan kerjasama MPP Sub Zon 1 dan Pusat Ekonomi Dgital, PEDi. Program ini diadakan untuk menjalinkan ukhwah sesama penduduk sekitar disamping menyertai aktiviti sihat iaitu bersenam.

Aktiviti dimulakan dengan sesi senaman aerobik bersama coach Nanie Aerobic. Pengunjung yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar 18R13. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama ajk KRT dan antara peserta yang hadir. Program diadakan di Gelanggang Takraw Blok B, P18R13. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas