Mesyuarat PEDi Wilayah Persekutuan

6 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

05 Januari 2024, Jumaat – MCMC Wilayah Persekutuan telah mengadakan mesyuarat bersama staf PEDi Wilayah Persekutuan. Mesyuarat ini dihadiri oleh staf dari PEDi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Mesyuarat dimulakan dengan sesi pengenalan dengan Pengarah WPSO yang baru iaitu Puan Hanita. Seterusnya, sesi pengenalan bersama staf PEDi WP. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai isu-isu yang perlu di perbaiki di PEDi iaitu mengenai waktu operasi, keceriaan PEDi dan mengemaskini maklumat yang terkini di papan kenyataan. Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan mengenai PADU yang akan dijalankan selama 3 bulan bermula Januari hingga Mac 2024. Mesyuarat telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan Microsoft Team.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas