Kursus Pengendalian Makanan

28 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

27 Januari 2024, Sabtu – Kursus Pengendalian Makanan anjuran Majlis Perwakilan Penduduk MPP WP Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya telah diadakan dengan kerjasama PEDi Presint 18. Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta-peserta kursus iaitu terdiri daripada komuniti sekitar Putrajaya. Seterusnya, peserta diberi taklimat Kursus Pengendalian Makanan oleh Encik Hafiz iaitu penceramah yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.

Selepas sesi taklimat, program diteruskan dengan Majlis Penutupan oleh YBhg. Datuk Ahmad Faisal bin Abdul Karim, Pengerusi Zon Majlis Perwakilan Penduduk WP Putrajaya. Penyampaian sijil juga diadakan kepada peserta yang menyertai program kali ini. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama Pengerusi Zon Majlis Perwakilan Penduduk WP Putrajaya, AJK MPP dan peserta kursus. Program telah berlangsung pada pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas