Kursus Asas Fotografi bersama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia LKPIM WP Putrajaya
29 Jun 2024 | Aktiviti Terkini28 Jun 2024, Jumaat - NADI Presint 18 telah mengadakan program Kursus Asas Fotografi bersama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia LKPIM WP Putrajaya. Program ini diadakan selama dua jam setengah bermula 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan dihadiri oleh 14 orang peserta. Program ini juga dibantu oleh NADI Presint 9 Fasa 10 dan Presint 16.
Program dimulakan dengan sesi pengenalan NADI Putrajaya bersama peserta disampaikan oleh Penolong Pengurus NADI Presint 18, Puan Noranis berkongsi maklumat mengenai penubuhan NADI, objektif, perkhidmatan serta program keusahawanan yang telah dijalankan oleh NADI Putrajaya. Sesi ringkas Pop Kuiz juga telah diadakan soalan berkaitan NADI dan tiga hadiah kuiz disediakan untuk peserta yang berjaya menjawab dengan betul.
Seterusnya, sesi Kursus Asas Fotografi disampaikan oleh Pengurus NADI Presint 18, Puan Haryati di bantu oleh pen. pengurus dan wakil staf dari NADI Presint 9 Fasa 10 dan Presint 16. Peserta mempelajari pengenalan fotografi, teknik photoshoot, jenis-jenis fotografi, editing Photo Software (Snapseed). Peserta juga diberikan tugasan secara berkumpulan untuk mengambil gambar mengikut modul yang telah dipelajari iaitu teknik mini studio dan flatlay. Kursus ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama petugas NADI Putrajaya dan peserta dari LKPIM WP Putrajaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: