Siri Taklimat Perkhidmatan Pintar bagi Penolong Pengurus NADI
6 November 2024 | Aktiviti Terkini05 November 2024, Selasa – Taklimat Perkhidmatan Pintar NADI bagi Penolong Pengurus Wilayah Tengah telah diadakan pada Selasa yang lalu. Fokus utama taklimat adalah untuk memberikan penerangan tentang aktiviti dan peranan baru untuk petugas NADI. Taklimat diadakan selama 8 jam bermula 9.30 pagi sehingga 5.30 petang yang dilakukan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet.
Taklimat yang diadakan ini terdiri daripada beberapa perkhidmatan pintar utama iaitu NADI Wellbeing, NADI Entrepeneur, NADI Awareness dan NADI Longlife Learning. Perkhidmatan ini akan menjadi tugasan dan objektif baru yang disandarkan buat petugas NADI untuk dilaksanakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: