Taklimat Keselamatan Pos - PUDO

7 November 2024 | Aktiviti Terkini

06 November 2024, Rabu – Bahagian Perancangan Perkhidmatan Pos (PSPD) MCMC telah mengadakan satu sesi libat urus kepada semua petugas-petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berkenaan Kaedah-kaedah Keselamatan Pos yang mana keperluan keselamatan yang terdapat di bawah kaedah-kaedah ini juga turut menyentuh tentang penyediaan perkhidmatan PUDO. Sesi libat urus ini adalah penting bagi mendapatkan pandangan, input dan maklumbalas daripada petugas-petugas sebelum pelaksanaan Kaedah-Kaedah Keselamatan Pos.

Taklimat dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom melibatkan petugas NADI seluruh Malaysia. Taklimat bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas