Kelas ICT & E-learning

11 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

10 Ogos 2024, Sabtu – Kelas ICT & E-learning telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mencipta poster menggunakan Canva. Pelajar diperkenalkan dengan laman web Canva dan belajar cara untuk membuat poster menarik bertajuk “Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun”. Seterusnya, pelajar menggunakan laman web typing untuk belajar cara untuk menaip dengan betul dan pantas. Pelajar juga akan diberi markah dan masa selepas siap tugasan yang diberi di laman web tersebut.

Seterusnya, aktiviti e-learning educational wordsearch bertajuk ‘Online Safety’. Pelajar perlu mencari perkataan tersembunyi bertemakan keselamatan internet. Kelas diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas